Filem kisah benar jarang mendapat kejayaan besar di pawagam. Semuanya bergantung kepada kehebatan pengarah mendramatisasikan filem tersebut untuk menjadikan filem itu lebih menarik ditonton penonton dan bukan seperti menonton dokumentari. Billionaire Boys Club merupakan satu kisah benar yang kami berkesempatan menonton baru-baru ini.
Billionaire Boys Club – Kisah Benar Penipuan Skim Cepat Kaya
Billionaire Boys Club (BBC) mengisahkan satu penipuan skim cepat kaya pada awal 80an yang didalangi Joe Hunt dan Dean Karny. Ia bermula dengan satu penipuan untuk menyelamatkan diri, tetapi lama-kelamaan bertukar menjadi satu ketagihan dan kemudian semakin lama semakin parah. Dramatisasi kisah benar ini memperlihatkan bagaimana seorang pemuda yang skema bertukar menjadi penipu yang licik.
Bagaimana kisahnya? Tontonlah filem ini di pawagam.
Review
Pandangan pertama kami mengenai filem ini ialah dari segi pengolahan, ia cuba mengambil ilham filem Wolf of Wall Street, memfokuskan ketamakan manusia mengejar harta. Namun, filem ini tidaklah sehebat filem tersebut dari segi mutu lakonan mahupun pengolahan jalan cerita. Filem BBC ini, walaubagaimanapun kekurangan dari pengolahan jalan cerita di mana babaknya dibentangkan secara terlalu cepat dan tidak mempunyai impak yang mendalam kepada penonton. Penonton tidak mempunyai satu “connection” dengan watak-watak dalam filem ini memandangkan filem ini tidak menekankan pengenalan watak yang mendalam.
Penglibatan watak-watak juga didapati kurang menarik. Sebagai contoh watak Ron Levin yang dilakonkan Kevin Spacey diharap menjadi salah satu fokus utama dalam filem ini memandangkan beliau seorang pelakon yang hebat. Malangnya beliau hanya memainkan watak sampingan. Kecewa.
Secara keseluruhan, tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai filem ini selain ia satu filem berdasarkan kisah benar yang agak biasa sahaja. Sinematografinya baik, tetapi tiada apa yang menonjol mengenai filem ini.
Positif vs Negatif
Positif
- kesinambungan antara babak yang baik
- lakonan yang juga agak baik
Negatif
- pembentangan jalan cerita yang terlalu cepat
- tiada terasa “connection” dengan watak-wataknya
- jalan cerita biasa sahaja
Kesimpulan
Kami tidak rasa ramai di kalangan pembaca Wayangkini.com peminat filem sebegini, namun jika ada, kami tidaklah merekomen anda menonton filem ini di pawagam. Mungkin anda boleh tontonnya di Astro atau perkhidmatan TV kabel yang lain, namun tidak di pawagam.
Penilaian: 5.5/10
The post Billionaire Boys Club – Kisah Benar Penipuan Skim Cepat Kaya appeared first on WayangKini.
from WayangKini https://ift.tt/2LQENVW
No comments:
Post a Comment