The Man Who Knew Infinity [Review]

Filem The Man Who Knew Infinity bukanlah sebuah filem yang kami tunggu-tunggu. Namun kerana ia kerap disebut oleh beberapa orang di sekeliling kami, kami mengambil keputusan untuk review filem ini.

The Man Who Knew Infinity

The Man Who Knew Infinity [Review]

Filem The Man Who Knew Infinity mengisahkan kisah benar seorang prodigi bidang matemetik India bernama S. Ramanujan yang tampil dengan pelbagai teori dan formula matematik hebat, walaupun tidak pernah mejejakkan kaki ke menara gading. Formula matematik yang diperolehinya seoalah-olah ilham dari tuhan dan sukar dibuktikannya melalui prosedur pembuktian yang biasa diperlukan ahli matematik rasmi.

Setelah pelbagai usaha untuk menerbitkan ilmu-ilmu matematiknya, beliau akhirnya diterima masuk ke Trinity College di Cambridge, England dan bekerjasama dengan seorang pakar matematik Inggeris bernama G. H. Hardy.

Konflik mula timbul apabila beliau diminta membuktikan teori dan formulanya dengan kaedah akademik. Tambahan pula staf akademik di kolej itu juga mendiskriminasi diri beliau kerana berketurunan India, ia itu negara jajahan British.

Apakah beliau berjaya menempa nama dalam bidang Matematik? Kesudahannya boleh diketahui dengan menonton filem ini di pawagam (anda juga boleh baca dalam buku sejarah kerana ia fakta sejarah).

tmwki_1200x675

Jalan Cerita

Oleh kerana filem ini merupakan sebuah filem kisah benar, tidak banyak boleh diubahsuai dari segi jalan cerita, jadi usaha lebih ditekankan pada pengolahan ceritanya dan bagaimana pengarah menceritakan kisahnya dan menjadikannya lebih dramatik, tanpa memalsukan fakta sejarah.

Secara keseluruhannya, filem ini menarik dari segi fakta sejarahnya, di mana ia memaparkan bagaimana diskriminasi orang British, iaitu bangsa penjajah, memandang rendah orang yang bukan setaraf dengan bangsanya. Tetapi menariknya juga, dengan adanya ilmu yang tinggi, Ramanujan berjaya meningkatkan tarafnya setaraf dengan orang British dan sedikit demi sediki dihormati mereka atas dasar ilmu pengetahuan.

Namun, pergolakan yang dialami Ramanujan kurang berimpak. Ini bukan kerana mutu lakonan Dev Patel (yang melakonkan Ramanujan), tetapi lebih kepada pengolahan jalan cerita yang tidak berjaya menonjolkan pergolakannya dengan cara yang berimpak tinggi. Filem ini juga tidak mempunyai bahagian-bahagian klimaks yang jelas menyebabkan filem ini terasa agak mendatar dari segi kesan emosi.

Filem ini ada juga menekankan aspek budaya dan agama yang juga menjadi penghalang kepada Ramanujan mengejar cita-citanya dan impaknya kepada isterinya yang setia menunggu di Madras, India, iaitu tempat asal Ramanujan.

Filem ini juga tidak menekankan banyak mengenai kepentingan sumbangannya dalam bidang matematik kepada masyarakat umum. Ini menyebabkan anda tidak dapat menghayati sepenuhnya sumbangan beliau kecuali anda seorang ahli matematik berpendidikan tinggi.

the-man-who-knew-infinity-759

Positif Negatif

Positif

  • Mengisahkan suatu kisah ahli matematik yang tidak diketahui ramai.

Negatif

  • Cara pengolahannya OK, tetapi tidak membuatkan anda terharu atau tersentuh.
  • Melainkan anda seorang ahli matematik, sukar untuk menghargai sumbangan dibuat Ramanujan.

The Man Who Knew Infinity

Kesimpulan

Filem biografi ini sesuai untuk ditonton untuk menambahkan pengetahuan umum anda, namun sebagai sebuah filem yang memberi impak dari segi emosi, ia kurang berjaya dari segi itu. Tontonlah filem ini jika anda tiada filem menarik lain yang hendak ditonton.

Penilaian: 5.5/10

The post The Man Who Knew Infinity [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2bztRgE

Nike Menandatangani Azizulhasni Awang USD 30 Juta Setahun Seumur Hidup

 


Nike telah menandatangani Azizulhasni Awang dengan perjanjian seumur hidup, laporan ESPN Darren Rovell.

Kontrak itu adalah perjanjian tunggal atlet terbesar dalam sejarah 46 tahun Nike. Ia juga menandakan kali pertama bahawa Nike secara rasmi diberikan perjanjian seumur hidup.

The Azizulhasni Awang 28-tahun itu, yang hanya mengambil pingat gangsa dalam acara keirin lelaki ‘di Rio Sukan Olimpik 2016, dilaporkan dibilkan untuk mendapatkan sebanyak $30 juta setahun.


Menurut Rovell, perjanjian baru Azizulhasni itu “dengan mudah melepasi ” 10 tahun , $ 300 juta perjanjian Kevin Durant ditandatangani dengan Nike pada tahun 2014 .


melaporkan bahawa Azizulhasni akan mempunyai pakaian tandatangannya sendiri dengan Nike dan dijangka memakainya untuk semua pertandingan. majalah Forbes meramalkan jualan tahunan lebih daripada $ 340,000,000 daripada perjanjian disesuaikan Azizulhasni ini setiap tahun. - pejuangpakatan

Marauders [Review]

Seperti biasa, sekali sekala kami akan menonton filem yang tidak ternama dan kali ini filemnya adalah Marauders. Walaupun tidak ternama, ia dibintangi pelakon veteran Bruce Willies yang kebelakangan ini gemar berlakun filem tidak ternama dan berlakon watak penjahat.

marauders2

Marauders [Review]

Beberapa rompakan telah berlaku di cawangan-cawangan bank milik Hubert yang berakhir dengan kematian orang yang tertentu sahaja. Rompakan ini dilakukan sekumpulan perompak yang terlatih dengan latihan ketenteraan serta lengkap dengan persenjataan tentera dan menggunakan teknologi yang canggih. Ini menyebabkan pihak FBI mengesyaki sesuatu yang tidak kena berkaitan pemilik bank dan pelanggan-pelanggannya yang berpengaruh.

Namun setelah menyiasat dengan lebih mendalam, satu konspirasi yang lebih besar perlahan-lahan terbongkar. Apakah misteri di sebalik rompakan dan kumpulan perompak berkenaan? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

MV5BOTQ5NjMxOTk4Ml5BMl5BanBnXkFtZTgwODA4NTYwOTE@._V1_

Jalan Cerita dan Lakonan

Sekali pandang filem ini kami sudah tahu ia merupakan sebuah filem Holywood bajet rendah dan klise. Filem seperti ini biasanya lebih sesuai disiarkan di saluran filem Astro dan bukan panggung wayang. Walaubagiamanapun, kami abaikan fakta itu dan menilai berdasarkan kekuatan jalan cerita.

Sungguhpun ia kelihatan seperti filem bajet rendah di mana sinematografi dan pengredan warnanya sudah memberi klu kepada tahap kualiti filem ini, jalan ceritanya sebenarnya tidaklah begitu teruk. Misteri dan putaran plot dalam filem ini dibentangkan dengan begitu baik sehinggakan anda tidak akan dapat meneka siapakah sebenarnya penjahat walaupun anda telah menonton separuh filem ini.

untitled shoot-1481.dng

untitled shoot-1481.dng

Lakonannya juga agak baik dengan sesetengah dialog-dialog dalam filem ini agak natural seolah-oleh ia disebut secara spontan. Apa yang menjadi kelemahan filem ini mungkin kerana terdapat terlalu banyak watak yang perlu anda kenali dan ikuti sehinggakan anda akan keliru di sesetengah bahagian filem ini.

Babak aksi yang ditampilkan juga tidak kurang hebat, walaupun kesan khasnya tidaklah kelihatan terlalu meyakinkan.

Marauders_2016_9247192

Kesan Khas

Mungkin kerana kekangan bajet, tidak banyak kesan khas digunakan dalam filem ini, cuma terdapat beberapa babak tembah menembak, namun sebahagian besar filem ini berkisarkan penyiasatan dan dialog. Kesan khas seperti darah, walaupun kurang memberangsangkan, tetap boleh diterima. Begitu juga dengan kesan tembak-menembak yang juga boleh diterima.

Marauders Day 1-0837.dng

Marauders Day 1-0837.dng

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan putaran plot yang agak menarik
  • Walaupun jelas sekali ia sebuah filem bajet rendah, ia cuba untuk menaikkan nilainya melalui jalan cerita dan lakonan.
  • Sesetengah dialog yang agak natural.

Negatif

  • Hampir semua babaknya menampilkan cuaca hujan.
  • Sinematografi yang menampakkan bajetnya.
  • Susun atur babak yang kurang memberi impak dari segi suspensnya.

Marauders-screen2

Kesimpulan

Jika dinilai sebagai sebuah filem pawagam, memanglah filem ini akan mendapat penilaian rendah dari kami, tetapi jika dinilai sebagai sebuah filem TV, ia sebenarnya sebuah filem yang agak menarik dan mampu membuat penonton kekal menonton sehingga akhir.

Tetapi filem bajet sebegini tidak dijangka akan terhapus dari muka bumi, kerana walaupun ia mempunyai bajet rendah, penayangan di pasaran besar seperti US masih akan memberikan pulangan yang lumayan kepada syarikat produksi melalui kuantiti penonton dalam pasaran berkenaan yang ramai.

Penilaian: 5.5/10

IMDB

The post Marauders [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2b2Q8iT

Jadual Piala AFF Suzuki 2016



from SANoktah http://ift.tt/2b2tyXT

I'm in pain

After you're gone, my life is empty. This loneliness has taunt me. I'm an idiot who always in hunt. Hunt for real love. Why would you have to leave?

I tried to keep pace within my daily routine.Everyday I pray, that I can go far. So I will forget this sadness. But it seems like it won't happen somehow.

You have your life now, with the one you love. I wish you a happily ever after; for both of you. I know I'm nobody. I realize that. I just have a request....

Please do come visit me, on the day of my last breath...

Kingsglaive Final Fantasy XV [Review]

Sebenarnya kami tidak tahu-menahu bahawa filem animasi komputer Kingsglaive Final Fantasy XV akan diterbitkan tetapi setelah kebetulan menonton trailer filem ini di Facebook kami mengambil keputusan untuk menontonnya. Untuk pengetahuan anda, kami bukan pemain permainan video Final Fantasy XV, yang berkait rapat dengan filem ini, jadi pemahaman kami mengenai latarbelakang dunia Final Fantasy XV.

KINGSGLAIVE-FINAL-FANTASY-XV-6

Kingsglaive Final Fantasy XV [Review]

Kingsglaive Final Fantasy XV mengisahkan negara Lucis yang dilindungi Kristal ajaib yang dikawal oleh King Regis. Negara Lucis diancam oleh empayar Niflheim yang tidak putus asa untuk menguasai negara tersebut dan peperangan telah berlangsung antara kedua-dua buah negara namun disebabkan Lucis dilindungi kuasa Kristal ajaib, ia selamat. Kingsglaive pula adalah kumpulan tentera elit negara Lucis yang diketuai Nyx Ulric.

nyx-ulric

Setelah lama berperang, King Regis menimbang untuk berdamai dengan empayar Niflheim tetapi untuk itu, baginda perlu melucutkan kuasanya ke atas negeri-negeri jajahanya, kecuali bandar Insomnia, iaitu ibu negaranya. Apakah keputusan yang akan dibuat King Regis dan apakah kesannya kepada negaranya? Kesudahan boleh diketahui dengan menonton filem ini di pawagam.

maxresdefault (3)

Jalan Cerita dan Lakonan Suara

Olehkerana kami bukan peminat atau pemain permainan video Final Fantasy, khususnya Final Fantasy XV yang terbaharu, kami sangat merasakan ketinggalan dari segi pemahaman jalan cerita. Jangan salah faham, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan mengenai permainan Final Fantasi XV dan babak pengenalan di permulaan filem ini sedikit sebanyak memberi penerangan tentang latarbelakang cerita di sebalik filem ini, tetapi pada pendapat kami, pemain Final Fantasy XV akan mempunyai asas yang lebih kukuh dalam memahaminya.

Tambahan pula, cara penceritaan filem ini yang kami rasakan mengikut gaya penceritaan permainan video dan berasaskan gaya penceritaan orang Jepun, menyebabkan kami terpaksa menggunakan 110% sel-sel otak untuk memahami sepenuhnya jalan cerita filem ini secara keseluruhan.

MV5BODc1MDE5MjcxOV5BMl5BanBnXkFtZTgwNDU2MTgxOTE@._V1_

Pendek kata, cara penceritaan filem ini kurang jelas dan plotnya juga tidak kukuh. Ini mungkin disebabkan samada kerana filem ini berkaitan dengan permainan video Final Fantasy XV menyebabkan mereka yang bukan peminat permainan ini mengalami kesukaran memahaminya atau mungkin juga filem ini tidak disesuaikan atau dioleh mengikut selera pasaran antarabangsa. Dengan kata lain, filem ini adalah filem dibuat khas untuk peminat.

stunning-new-footage-from-kingsglaive-final-fantasy-xv-surfaces

Walaupun mutu grafik komputernya tiada tandingan, babak-babak aksinya selalunya terlampau kelam-kabut sehingga kami sukar memahami apa yang sedang berlaku. Kebanyakan masanya, babak aksi mengandungi telalu banyak pergerakan dan diburukkan lagi dengan laterbelakang yang juga mempunyai terlalu banyak aktiviti. Pening kami dibuatnya.

Pergerakan mulut juga kurang tepat dan suara watak-wataknya juga tidak berapa sesuai dengan paras rupa mereka.

Pelakon Suara Watak-watak Utama Filem Ini

Pelakon Suara Watak-watak Utama Filem Ini

Kesan Khas

Kami ingin tekankan, kualiti grafik komputernya adalah pada tahap terbaik yang dilihat dalam sesebuah filem animasi komputer, walaupun ia tidak dapat menandingi filem Final Fantasy VII Advent Children yang lebih jelas dari segi koordinasinya.

Kingsglaive-Final-Fantasy-XV-x-New-Audi-R8-01-620x266

Audi R8 Membintangi filem ini

Positif vs Negatif

Positif

  • Kualiti grafik komputer yang terbaik dalam bidangnya.
  • Dunia fantasi yang ditampilkan menarik dan menggabungkan sistem beraja dalam dunia modern.
  • Jalan cerita yang menggabungkan aksi dan politik.

Negatif

  • Babak aksi yang agak kelam-kambut menyukarkan pemahaman mengenai babak tersebut.
  • Struktur jalan cerita mengikut gaya penceritaan Jepun memerlukan penyesuaian mindset penonton. Ia seolah-olah menonton kartun anime yang dialih bahasa kepada bahasa Inggeris tanpa penyesuaian aspek budaya (hanya peminat anime akan memahami apa kami maksudkan).
  • Gerak bibir watak-wataknya kurang selari dengan suara dan suara watak-watak kurang sesuai dengan rupa paras watak tersebut.

Final-Fantasy-XV-CGI-Movie-Kingsglaive-Trailer_CGRecord0102_758_426_81_s_c1

Kesimpulan

Jika kami ingin simpulkan pengalaman menonton Kingsglaive Final Fantasy XV, kami boleh simpulkan bahawa ia umpama menonton kartu anime yang dialihbahasa ke bahasa Inggeris, atau lebih teruk dialih bahasa ke bahasa Malaysia. Jika anda penonton setia kartu anime, anda tahu bahawa pengalaman menonton anime dalam bahasa Jepun (dengan membaca sarikata) jauh berbeza dengan menonton versi yang dialih bahasa. Kami tertertanya-tanya adakah pendapat kami akan berbeza jika menonton versi asal filem in dalam bahasa Jepun? Mungkin. Tetapi buat masa sekarang, penilaian kami mengenai filem ini agak teruk.

Kingsglaive-2

Anehnya, penilaian penonton di laman web seperti IMDB sangat tinggi, menyebabkan kami bingung. Apa pun, tontolah filem ini untuk membuat kesimpulan anda sendiri.

Penilaian : 6/10

IMDB

The post Kingsglaive Final Fantasy XV [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2bok6jy

7 Sebab bangsa Melayu lupa tentang pelaburan hartanah.

Tok nampak sekarang boleh tahan juga musim rakyat Malaysia kemaruk hartanah. Ia menunjukkan signal bagus dan tidak bagus.
Tok terangkan yang tidak bagus dulu.
Tidak bagus apabila seseorang itu bertindak seperti babi yang buta (ubahsuai daripada pepatah sebelum ini iaitu membabi buta). Orang beli rumah, dia pun beli rumah. Orang melabur di kawasan X, dia pun melabur di kawasan X. Idola hartanahnya beli di kawasan Z, dia pun beli di kawasan Z.
Jika anda salah seorang yang tergolong dalam kategori di atas, Tok sarankan supaya ambil pil anti-bodoh. Melabur dalam mana-mana insturmen pelaburan ada asasnya iaitu ilmu.
Jangan melabur sebab orang lain melabur. Kita melabur sebab kita tahu kenapa kita perlu melabur, dan strategi yang kita akan gunakan untuk melabur.

Apa yang Tok belajar daripada bangsa “C”?

Bagi yang masih mempunyai objektif samar-samar dan sebab yang tidak kuat, artikel yang Tok mahu sampaikan ini memang bakal melekat di hati dan minda.
Kenapa bangsa “C” yang agresif dalam dunia perniagaan juga turut agresif dalam dunia pelaburan hartanah? Salah seorang pelabur bernama Peter Yee ada kongsikan 10 sebab.

1) Instrumen pelaburan yang berisiko rendah walaupun kos tinggi.

Semua jenis pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Risiko rendah, risiko sederhana, dan risiko tinggi.
Instrumen pelaburan hartanah berada dalam kategori mana? Jawapannya: Risiko rendah.
Orang yang menganggap pelaburan hartanah sebagai instrumen pelaburan yang tinggi adalah mereka yang tidak pernah membeli 1 pun hartanah seumur hidup, atau mereka pernah beli, tetapi hartanah itu menjadikan hidup mereka lebih parah.
Apa yang menyebabkan hartanah masuk dalam kategori risiko rendah walaupun kos untuk membelinya tinggi? Apabila membeli rumah, kita secara automatik mewujudkan dua cabang keuntungan.
  1. Untung daripada sewaan rumah.
  2. Untung daripada peningkatan harga rumah.
Tok mahu kita fokus tentang keuntungan yang pertama dan lihat dari perspektif yang lebih besar.
Apabila kita beli 1 hartanah, dan berjaya disewakan, ini bermakna kos yang buat ramai orang sakit kepala seperti bayaran pinjaman kepada bank setiap bulan, akan ditampung oleh si penyewa.
Maknanya, kalau kita mempunyai wang sewaan yang konsisten setiap bulan sehingga hutang habis dibayar kepada bank, kita akan dapat rumah itu secara percuma.
Dalam masa sama, ada kekurangan yang jelas iaitu “illiquid.” Maksudnya, ia mengambil masa yang agak lama untuk dapat wang tunai (cash) apabila menjual hartanah.

2) Bank suka pinjamkan banyak duit untuk anda beli hartanah.

“LEVERAGE MEANS YOU CAN CONTROL A LARGE INVESTMENT WITH A SMALL AMOUNT OF MONEY.” – PETER YEE.
Tok rasa hanya 1% daripada rakyat Malaysia (khususnya bangsa Melayu) yang mampu beli hartnah 100% tunai. Tetapi, kita tidak perlu fikir tentang beli secara tunai. Ada alternatif yang lain.
Pelaburan hartanah mengizinkan kita untuk guna duit daripada pihak lain, iaitu bank. Bank sangat suka untuk bagi pinjaman sehingga 90% bagi mana-mana individu yang mahu beli hartanah.
Jika kita beli rumah berharga RM500,000, kita boleh dapat pinjaman bank sehingga RM490,000. Berbalik pada poin pertama, jika kita dapat penyewa yang bagus, maka kita tidak pening kepala untuk bayar hutang kepada bank setiap bulan.

3) Boleh naikkan nilai hartanah (Hanya jika anda faham strategi ini).

Nilai hartanah kita boleh dinaikkan dengan sendirinya, tanpa perlu tunggu 10 hingga 20 tahun.
Dengan syarat, kita tahu apa strategi yang boleh dipakai, dan sah dipakai. Cara yang biasa pelabur hartanah berpengalaman gunakan adalah:
  1. Ubahsuai rumah menjadi lebih cantik, lengkap dengan barang-barang keperluan, dan sewaktu dengannya.
  2. Penyewa sanggup bayar lebih untuk duduk di rumah yang serba lengkap dan cantik, berbanding rumah yang terlalu kosong dan nampak seperti hidup segan, mati tak mahu.
Tok ada seorang kawan yang sanggup bayar 3x ganda lebih mahal di kawasan perumahan yang sama, kerana dia sangat berkenan dengan rumah itu.
Pertama, warna dinding rumah adalah warna kegemarannya. Kedua, rumah itu sudah ada kelengkapan asas seperti kipas dinding, dapur dan sebagainya.
Perubahan dalaman rumah boleh memberi kesan pada kenaikan harga hartanah, apabila ia dilakukan dengan cara yang betul.

4) Tempat melabur yang selamat.

Selain risiko yang rendah, pelaburan hartanah juga adalah instrumen pelaburan yang selamat.
Pertama, harga hartanah jarang mempunyai penurunan yang terlalu drastik, khususnya di Malaysia. Pelaburan hartanah juga mempunyai perlindungan insuran yang akan membantu kita, jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Manakala pelaburan lain seperti saham tidak mempunyai aspek perlindungan seperti ini.
Namun begitu, Tok langsung tidak bermaksud bahawa pelaburan saham itu merugikan. Tok cuma cerita tentang apa yang ada dalam pelaburan hartanah.

5) Kita untung masa beli hartanah. Bukan masa jual hartanah.

Beli rumah bukan macam beli kereta. Sebaik sahaja kita beli kereta, dalam masa 24 jam harganya akan jatuh.
Manakala hartanah pula sebaliknya. Fokus utama kita adalah dapat keuntungan sebaik sahaja kita beli hartanah itu.
Penting untuk kita lakukan kajian dan siasatan pada kawasan luaran dan dalaman rumah sebelum buat sebarang keputusan. Pelaburan hartanah ini juga ada pantang larang yang wajib kita beri perhatian iaitu,
“JANGAN TERUJA JIKA HARGA HARTANAH ITU TERLALU MURAH BERBANDING DENGAN HARTANAH YANG LAIN.”
Pergi lakukan kajian, lihat situasi rumah itu dengan mata sendiri, banyakkan bertanya kepada penjual dan kenal pasti apakah yang menyebabkan harga rumah itu sangat murah berbanding kawasan lain.

6) Kalau ada banyak hartanah, ini jalan penyelesaiannya supaya tidak sakit kepala.

Tok doakan agar semua pembaca artikel ini akan dapat memiliki banyak hartanah yang menguntungkan di masa akan datang.
Ramai yang tanya cara terbaik untuk uruskan banyak rumah dalam 1 masa. Lebih-lebih lagi apabila semua menggunakan strategi sewaan. Jawapan Tok yang paling ringkas adalah,
“BELI MASA ORANG LAIN A.K.A DAPATKAN SEORANG PEKERJA YANG AKAN MENGURUSKAN SEMUA HARTANAH KITA.”
Jika duit sewaan total yang kita dapat daripada semua rumah sekitar RM5,000 sebulan, apa salahnya kita laburkan RM1,500 untuk bayar seorang pengurus yang boleh membantu menguruskan semua penyewa-penyewa. Walaupun duit itu berkurangan, tetapi kita tidak perlu lagi sakit kepala menguruskan penyewa-penyewa yang pelbagai ragam.

7) Kiri kanan buat duit.

Pelaburan hartanah ini juga boleh dijadikan sebagai kenderaan terbaik untuk kita mencapai matlamat bebas daripada segala masalah kewangan. Seperti mana Tok kongsikan sebelum ini, kita akan dapat dua jenis cabang keuntungan iaitu keuntungan daripada sewa dan juga peningkatan nilai harga hartanah secara berperingkat.
Orang Melayu cakap,
“KIRI KANAN BUAT DUIT,” APABILA KITA AKTIF MELABUR DALAM HARTANAH.
Majoriti bangsa kita mempunyai masalah yang tipikal iaitu mahu mempunyai jumlah pendapatan supaya melebihi perbelanjaan. Pelaburan hartanah dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Hartanah berfungsi untuk beli barang-barang impian kita.

Tok rasa terpanggil untuk berkongsi artikel ini sebab Tok banyak kawan bangsa “C”. Mereka ini aktif dalam bisnes. Kemudian gunakan duit bisnes untuk melabur dalam hartanah. Sedangkan bangsa Tok sendiri iaitu Melayu, walaupun hebat berniaga, namun ilmu hartanah agak lembab.
Walaupun duit poket dari bisnes besar, tetapi duit rabak pun besar akibat daripada membeli barang-barang keperluan nafsu seperti kereta mewah, rumah mewah untuk duduk sendiri, jam mahal dan sewaktu dengannya. Tok bukan cakap benda ini tidak boleh beli.
Kenapa tidak biarkan duit daripada hasil pelaburan hartanah yang tampung semua barang-barang impian kita?


SUMBER ASAL : http://gilahartanah.com/7-sebab-yang-bangsa-melayu-lupa-tentang-pelaburan-hartanah/

RIO 2016: WELSON PUAS HATI SEKALIPUN GAGAL PERBAIKI CATATAN

Catatan terbaik Welson Sim yang juga rekod kebangsaan adalah 3 minit 50.33 saat, masa yang melayakkannya ke Rio secara merit dalam acara 400 meter gaya bebas.

Strategi  Welson pula adalah untuk menyimpan tenaga pada awal renangan sebelum mengerah tenaga pada jarak 200 meter terakhir.

Meskipun tampil dengan renangan bertenaga, catatan masa Welson dalam aksi saringan lebih perlahan, 3 minit 51.57 saat.

"Saya puas hati dengan catatan masa saya sekalipun ia bukan masa terbaik saya," ujarnya.

Welson menawarkan pandangan peribadi mengapa dia tetap berpuas hati meskipun tahu ia mengundang reaksi negatif daripada peminat sukan tanah air.

"Saya cuba mengawal renangan saya ketika 200 meter pertama dan kemudian saya berikan segala-galanya ketika memasuki 100 meter terakhir, itu yang sentiasa saya lakukan untuk acara 1,500 meter," tambahnya. 

RIO 2016: AUSTRALIA DOMINASI KOLAM, REKOD MULA LEBUR

Australia mendominasi malam pembukaan acara renang temasya Rio 2016 sambil tiga rekod dileburkan pada Sabtu.

Mack Horton unggul dalam 400 meter gaya bebas sebelum kuartet 4x100m gaya bebas wanita menambah kepada kejayaan negara itu di Stadium Akuatik.

Pasukan berganti-ganti Emma McKeon, Brittany Elmslie, Bronte Campbell  dan Cate Campbell memecahkan rekod dunia mereka sendiri – yang kedua tercipta pada malam pertama.

Perenang Hungary, Katinka Hosszu, lebih dahulu tampil sebagai bintang dengan mengatasi rekod dunia dalam acara 400 meter rampaian individu.

Hosszu mudah meleburkan catatan perenang China, Ye Shiwen, yang dilakukan secara kontroversi di London 2012, dengan mencantas lebih daripada dua saat.

Perenang Jepun, Kosuke Hagino, meraih emas pertama acara renang dalam Sukan Olimpik kali ini manakala jaguh Britain, Adam Peaty, mencatat rekod dunia dalam saringan 100 meter kuak dada pada Sabtu dengan kepantasan menakjubkan, 57.55 saat.

Segala tumpuan selepas ini akan terarah kepada Peaty yang kelihatan akan terus mengatasi rekod dunianya dalam acara 100 meter kuak dada sekali lagi.

FIESTA OLIMPIK RIO 2016 BERTEMAKAN ALAM SEKITAR

Sukan Olimpik Rio 2016 bermula secara rasminya dalam majlis pembukaan yang penuh gemilang bertemakan 'alam sekitar' di Stadium Maracana yang mampu menampung 80,000 penonton, pagi ini.
Temasya terbesar dunia edisi ke-31 ini disertai 205 negara, termasuk 10 atlet yang membentuk Pasukan Atlet Pelarian Olimpik untuk bersaing dalam 28 jenis sukan. 
Antara sukan yang baru diperkenalkan semula kali ini termasuk golf dan ragbi tujuh sebelah.

060816 olimpik, pingat emas
Acara pembukaan dimulai dengan lagu kebangsaan Brazil berkumandang disertai pancaran imej pokok yang diancam kepupusan, Pau-Brasil. Majlis itu disusuli paluan padu dram untuk menyemarakkan lagi kemeriahan suasana samba di dalam Stadium Maracana.
Tuan rumah turut mengambil kesempatan itu untuk mempromosi latar belakang dan budaya yang membentuk Brazil menerusi persembahan kesenian sebagai simbolik hamba abdi, kemeriahan, flora dan muzik. 
Peminat sukan juga tidak ketinggalan disajikan dengan persembahan-persembahan artis moden seperti penyanyi rap Brazil berusia 12 tahun, MC Sofia, yang berduet bersama Karol Conka untuk menyampaikan mesej perhambaan dan masalah perkauman. 
Dalam acara perarakan masuk, setiap kontinjen negara akan diketuai seorang atlet berbasikal yang dihias, sementara ada di kalangan atlet membawa pokok -- sebahagian 12,000 pokok yang terdiiri daripada 208 spesies -- bakal ditanam di Radical Park, sebagai legasi di Rio de Janeiro. 
Kontinjen Malaysia yang dibarisi 32 atlet kemudian membuat penampilan diketuai Datuk Lee Chong Wei yang diberi penghormatan membawa bendera Malaysia.

060816 olimpik, chong wei
Identiti kontinjen negara begitu menyerlah dan segak apabila mengenakan pakaian baju Melayu dan baju kurung  'Wira Malaysia' bertemakan Harimau Malaysia, iaitu oren dan hitam.

06816 OLIMPIK, perarakan
Olimpik Rio 2016 bakal melabuhkan tirainya pada 22 Ogos nanti. 

Suicide Squad [Review]

Suicide Squad adalah antara filem yang banyak tunggu-tunggu dan dihebohkan oleh peminat komik tahun ini. Terima kasih kepada Budiey.com kerana menaja tiket ke tayangan pembukaan Suicide Squad malam tadi, membolehkan kami melihat sendiri samada segala hype yang digembar-gemburkan direalisasikan di layar perak.

suicide squad

Suicide Squad [Review]

Suicide squad mengisahkan kerajaan Amerika yang ingin mengadakan pelan sandaran sekiranya seorang manusia meta (metahuman) seperti Superman mengambil keputusan untuk memusnahkan bumi. Untuk itu, mereka mengumpulkan penjenayah-penjenayah yang terdiri daripada manusia luarbiasa untuk dijadikan satu pasukan yang boleh mengalahkan ancaman manusia meta.

Malangnya ancaman itu datangnya dari sumber yang tidak disangka. Apakah ancaman itu dan dapatkah mereka mengalahkannya? Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam.

3103474-4+suicidesquad

Jalan Cerita dan Lakonan

Satu perkara yang baik mengenai filem ini adalah sepanjang promosi filem ini, pasukan pemasaran langsung tidak mendedahkan jalan cerita dan watak jahat utama dalam trailer yang diterbitkannya. Jadi, melainkan anda benar-benar mencari sumber maklumat mengenai filem ini, anda tidak mungkin dapat meneka jalan cerita filem ini atau siapakah yang menjadi watak jahat utamanya melalui trailernya. Ini memberikan anda satu kejutan positif dan motivasi untuk menonton filem ini.

Bercakap mengenai jalan ceritanya, bahagian awal filem ini lebih banyak menumpukan kepada pengenalan watak-watak Suicide Squad itu sendiri dan bagaimana mereka ditangkap, dan seterusnya dipaksa menyertai Suicide Squad. Ini memberikan asas yang baik kepada filem ini, serta filem-filem akan datang.

suicide-squad-enchantress-cara-delevingne

Walaupun babak aksinya mendebarkan, lawak jenakanya lucu dan lakonan watak utama agak baik, namun kami berasa sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan filem ini dan sukar untuk disebutkan. Mungkin jalan ceritanya kurang berjaya diterjemahkan dari komik ke dunia realiti, menyebabkan ia kelihatan kurang realistik, sebaliknya lebih menjurus kepada komik di layar perak berbanding sebuah filem berasaskan komik. Atau mungkin juga dialognya kurang berkesan, kami kurang pasti, tetapi apa yang pasti DC Comics masih belum mendapat formula yang tepat untuk membawa sebuah siri komik ke layar perak. Sekurang-kurangnya mereka tidak sehebat Marvel dalam membawa komik mereka ke layar perak.

suicide-squad-trailer-00

Sungguhpun demikian, kami tidaklah mengatakan filem ini tidak bagus, tetapi DC Comics dilihat masih tercari-cari rentaknya dalam menghasilkan satu dunia adiwira yang berkait antara satu dengan yang lain seperti apa yang dilakukan Marvel dengan Avengers, Iron Man, Captain America dan sebagainya, di mana semua filem itu berkait antara satu dengan lain.

Tetapi memandangkan ini usaha pertama mereka, kami mengambil langkah tunggu dan lihat samada usaha ini akan membuahkan hasil yang baik dalam filem-filem Justice League dan Wonder Woman.

suicide squad 2

Kesan Khas

Kesan khas dalam filem ini bukanlah yang terbaik dalam industri, namun ia cukup meyakinkan untuk sebuah filem Holywood. Selain kesan khas CGI, ia juga menggunakan lagak ngeri sebenar dalam babak-babak aksinya. Memandangkan watak-watak jahat dalam filem ini dibikin menggunakan CGI, lagak ngeri tersebut tidak kelihatan begitu ngeri.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang tidak dibocorkan trailer memberikan satu kejutan.
  • Watak-watak yang menghiburkan

Negatif

  • Watak jahat mungkin sedikit menghampakan.
  • Terdapat banyak babak klise yang boleh dijangka.
  • Babak aksi tidak sehebat filem Marvel.

GalleryMovies_1920x1080_SS-01754r_56709c7788ab92.93738000

Kesimpulan

Filem Sucide Squad bukanlah filem yang teruk, tetapi tidaklah juga baik. Namun sebagai orang yang tidak membaca komik DC Comics dan tidak terkongkong dengan idealisme komik, kami rasakan filem ini masih menghiburkan dan boleh diterima. Cuma bagi orang yang tidak membaca komik tersebut, kami mempunyai harapan filem-filem mereka dapat diserasikan dengan dunia realiti sepertimana dilihat dalam filem Captain America baru-baru ini yang telah mengambil kira organisasi seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam jalan cerita mereka. Malah organisasi Sheild juga merupakan satu organisasi yang menghubungkan dunia adiwira kepada dunia realiti. Malangnya, dalam filem DC Comics, tidak terdapat organisasi sedemikian, atau mungkin belum diperkenalkan lagi.

Apa pun, tontonlah filem ini dan beritahu pendapat anda mengenainya di ruang komen atau di laman FB kami.

Penilaian : 7/10

The post Suicide Squad [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2aOIj55

Jason Bourne [Review]

Jason Bourne adalah sequel kepada trilogi Bourne yang merangkumi 3 buah filem bermula sejak 2002 hingga 2007 (tidak termasuk Bourne Legacy yang kami anggap bukan filem Bourne kerana tiada Matt Damon). Sebelum menonton, kami tertanya-tanya adakah ini filem yang akan menjadi penutup kepada francais filem Bourne? Tontonlah filem ini untuk mengetahui jawapannya.

Jason Bourne 2016

Jason Bourne [Review]

Filem Jason Bourne kali ini berada di satu fasa yang berlainan berbanding trilogi sebelumnya. Kali ini Jason telah mendapat kembali ingatannya dan kini mengetahui apa yang telah berlaku sejak dia mula menyertai projek Treadstone lagi.

Namun di masih tidak mengetahui dalang di sebalik operasi gelap CIA. Ini semua berubah apabila bekas anggota CIA, Nicky Parsons (juga pernah muncul dalam filem trilogy Bourne) telah menggodam server CIA dan mencuri fail-fail mengenai semua operasi gelap CIA dan memberikannya kepada Bourne. Kini Bourne mempunyai malumat penting bagi merungkai pelbagai persoalannya mengenai apa yang dilaluinya selama ini.

Adakah beliau dapat merungkai, seterusnya menutup segala operasi gelap CIA itu? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini.

Jason-Bourne-Gallery-06

Jalan Cerita dan Lakonan

Perkara pertama yang akan anda sedari apabila menonton filem ini separuh jalan adalah anda mendapat perasaan yang sama dengan filem-filem trilogi apabila anda menonton filem Jason Bourne ini. Maklumlah pengarahnya sama dengan filem Bourne Supremacy dan Bourne Ultimatum. Beliau berjaya mengekalkan gaya sinematografi yang sama dengan filem trilogi sebelumnya.

Bezanya adalah dalam filem ini Jason Bourne tidak banyak bercakap, sebaliknya kebanyakan dialog berlangsung antara watak-watak CIA dan mereka yang bersekutu dengannya. Malah anda mungkin boleh mengira berapa dialog yang disebut oleh Bourne.

rs-jason-bourne-ea2bec70-27d1-4c0a-abc0-dcd61b987aa9

Walaubagaimanapun, itu bukan menjadi masalah besar kerana sebahagian besar filem ini diceritakan dengan babak aksi yang terbaik, tanpa menggunakan CGI. Seperti biasa anda boleh mengharapkan aksi kejar mengejar, tembak-menembak, penyamaran di tengah orang ramai serta aksi berlawan tanpa senjata. Aksinya memang pada kelas teratas.

Tetapi bagi mereka yang mengharapkan jalan cerita yang menjurus kepada penyiasatan yang mendalam mungkin sedikit hampa kerana berbanding filem trilogi, aksi penyiasatan dalam filem ini adalah yang paling ringkas setakat ini dan tidak sukar untuk difahami. Kebaikannya adalah otak anda tidak perlu bekerja keras untuk memahami plot filem ini.

Bercakap mengenai plot, plotnya mempunyai “twist” sepanjang filem ini. Anda mungkin rasa anda boleh mengenalpasti twist tersebut, tetapi sebenarnya ia bukan seperti yang anda sangkakan. Kesudahannya agak bijak dan akan membuatkan anda tersenyum sinis (jika anda memahami plot filem Jason Bourne dari mula).

Secara keseluruhannya, filem ini juga dilihat ingin memasuki era barharu di mana watak-watak CIA selepas ini akan diambilalih oleh golongan Gen Y atau millinials. Malah tema filem kali ini juga berkisar topik yang digemari golongan Gen Y iaitu privisi media sosial.

external

 

Kesan Khas

Seperti yang disebut sebelum ini, filem ini tidak kedekut dalam mengeluarkan bajet untuk melakukan aksi lagak ngeri dunia sebenar tanpa CGI dan semua babak aksinya dibikin dengan baik sekali. Sukar untuk mencari poin negatif mengenai aspek lagak ngeri dalam filem ini, melainkan ia berdasarkan logik dan tidak melampaui hukum fizik secara tidak munasabah seperti filem aksi Bollywood.

jason-bourne-2016-movie-review-1-1500x844

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang terurus dan mudah difahami
  • Babak aksi yang dibikin dengan baik

Negatif

  • Bourne kurang dialog
  • Tiada “WOW factor”
  • Tempo filemnya berubah-ubah dari babak aksi (pantas) ke babak bercakap yang membosankan (sangat perlahan) dan kemudian ke babak aksi (pantas). Satu ciri-ciri filem Bourne.

Jason-Bourne-Gallery-07

Kesimpulan

Bagi mereka yang memang mengikuti trilogi Bourne, filem ini, walaupun bukan yang terbaik dan menarik antara semua filem Bourne, masih mampu sekurang-kurangnya menghiburkan anda dengan babak aksinya di samping menjawab beberapa persoalan mengenai identiti Bourne. Jadi agak penting juga untuk anda menonton filem ini.

Bagi mereka yang tidak pernah menonton filem-filem sebelum ini mungkin tidak akan memahami jalan ceritanya, tetapi akan tetap terhibur dengan babak aksi yang mendebarkan.

Penilaian 7.5/10

IMDB

The post Jason Bourne [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2aue3us